Friday, January 29, 2010

terlupa

kadang-kadang kita terlupa

diri kita bukanlah siapa-siapa

seorang lilin kacak pernah bercerita padaku

ehh...!...pada umum kelas lebih tepat

di bilik autopsi kita dapat lihat jasad kaku

terbaring kaku tak berdaya di meja kaji

kemudian...metalik perak bersinar akan mula menghiris..

mengoyak kulit dan mendedahkan isi jasad

perut, hati, otak, dan segala macam lagi organ akan dikeluarkan

dikaji teliti untuk mencari punca roh terpisah dari jasad kaku tak bernyawa

di situ kita lihat

betapa jasad yang kita huni ini tiada makna

waktu itu, kita tak mampu nak melawan

jauh sekali mampu menolak tangan-tangan asing itu dari terus merobekkan tubuh kita

di waktu itu ..kau... aku...dan mereka spontan akan terfikir..

'bagaimanalah agaknya bila tiba masaku nanti?'

Monday, January 25, 2010

komplikasi

bebayang hitam dua makhluk semakin hilang ditelan sisi bangunan

jantung yang tadi berdegup kencang mula mengatur rentak

"manusia hipokrit!" bentak jiwa dalam

tangan mula mengepal genggam

rusuk seakan terperosok menekan peparu

nafas jadi tak teratur...

"subhanAllah".................

makhluk talam keladi ketupat cinta rupanya

lemak di atas, racun di dalam

kaki mula di hayun mencari jalan pulang

mungkin di situ aku jumpa semula dengan aman

Sunday, January 24, 2010

kadang kala jiwa jua tahu merusuh

walau bukan dengan sepanduk

tapi jiwa tetap mahu rusuhan

persoalannya..

MENGAPA?

Tuesday, January 19, 2010

hilang

terik mentari 11.00 pagi langsung tak melemahkan semangat

jihad...

hanya itu yang terbayang dalam minda

duduk tegak atas kerusi keras berpalang merah

28 mulut manusia yang sama2 menghuni bilik sempit mula berceratuk bercerita...

riuh..sesak

semangat dari 10 turun ke takuk 9 setengah

lilin cantik manis dah sampai!

semua senyap

LCD dibuka...dinding putih kelam mula bersinar terang...

tulisan2 besar hitam mula kelihatan...

lilin cantik manis mula bersuara...

10 minit...

semangat turun ke takuk 8 setengah

1 jam...

turun lagi ke takuk 6

1 jam 15 minit...

tulisan hitam semakin melebar...kelam

dari sepuluh hanya tinggal 2 setengah

suara lilin cantik manis mula sayup...

dinding putih mula berlubang menampakkan ruangan di sebelah sana

kepala kiri mula berdenyut...sakit

kepala kanan mula kebas...x rasa

acid...

base...basic...bas???

buffer...

HCl

CH3COOH

-log[H+]

minda mula berilusi...

balik bawa beg hitam...silang di bahu...jaga elok-elok

train KTM x sampai-sampai

"ok la kelas...sampai di sini saja lecture kita...u all may dismiss"

eh..??? tiba2 suara lilin cantik manis bergema dalam KTM?

akal kembali lurus

minda mula fokus...

tapi sayang...

lilin cantik manis dah hilang

merajuk mungkin?

pak cik tua

seorang tua bongkok duduk di bangku taman

matanya menyorot jauh, mengenang entah masa lampau atau masa depan

"apa yang pak cik menungkan?" aku beranikan diri bertanya

"aku sedang mengingat" balas pak cik tua itu ringkas

"mengingat tentang apa pak cik?" tanyaku berminat

"tentang tujuan aku duduk di bangku taman ini saban hari" jawab pak cik tua tanpa menoleh

suasana beku seketika...

aku biarkan pak cik tua hanyut dalam lamunannya...

10 minit...

30 minit...

punggung mula terasa kebas

mata mula pijar disengat terik mentari pagi

"apa yang kau tahu tentang setia, anak muda?" tanya pak cik tua dengan tiba-tiba

"ermmm....setia...bagiku setia itu maksudnya menunggu dengan sabar" jawabku pasti

"salah!" bentak pak cik tua emosi

mata redupnya mula berkaca-kaca

aku mula resah...pak cik tua berpaling ke kiri memandang di kejauhan

"setia itu bagiku buang masa, menyakitkan, dan kecewa" jawab pak cik tua sambil mengesat matanya

"tapi setia jua mengajar aku erti optimisme dan tabah" sambungnya ringkas sebelum bangkit ingin berlalu

"tapi......"

pak cik tua mula melangkah, menjauh, meninggalkan aku terpinga-pinga

"kerana terlalu setia aku hilang jiwa" sambung pak cik tua sebelum hilang bersama tongkatnya

Monday, January 18, 2010

keliru

komputer pengku dibuka cermat....

butir-butir biru yang tak difahami tertera di layar gelap

ikon pelbagai bentuk mula melatari layar

panah kecil disorot cermat menuju ikon bulat tersenyum

jemari mula menaip laju

jemari kiri menggendang tanda kurang sabar

layar pudar mula bercahaya

bibir tak sengaja mengoyak senyum

"yes!"

tapi....

tak lama

layar terang malap semula

komputer pangku ditinggal lepa

kecewa...

mungkinkah?

Sunday, January 17, 2010

Satu Yang Bermakna

gadis genit itu terhuyung-hayang melangkah menghampiri salah satu meja dalam kalangan ribuan yang lain...

gadis: aku mahu beli nyawa...kau tahu?...life bak kata si mata biru

penjual:huh?

penjual kebingungan dengan soalan gadis genit yang tiba-tiba muncul dari lautan manusia itu

gadis: kau tidak menjawab soalanku!

bentak gadis itu tanpa sabar

penjual: maaf anak muda...aku tidak mengerti tentang permintaanmu

kata sang penjual yang kebingungan itu

gadis genit terus berlalu tanpa sepatah kata
dalam hatinya berbuku...
monolog dalamannya terus membuat andaian,
penjual itu buta jiwa!

gadis genit terus menaiki tangga hitam otomatis yang bergerak sendiri memanjat ke tingkat lebih tinggi

dari jauh gadis genit ternampak tulisan perak bersinar terang membentuk perkataan yang tidak asing di matanya

gadis: aku mahu mencari nyawaku..

kata sang gadis genit pada penjual ke dua yang sedang ralit menulis

penjual:.......

terkedu...terpana

gadis:adakah kau juga buta jiwa..atau tidak mendengar soalanku?

penjual: aku....kurang pasti dengan soalanmu gadis

kata sang penjual yang terpinga-pinga itu

gadis: aku mahu sesuatu yang menyamai jiwaku...yang bisa mengisi nyawaku

penjual itu tersenyum sebelum menghilang di sebalik dinding putih

5 minit kemudian...

penjual: aku x menjual nyawa...tapi aku punya sesuatu yang bisa kau jadikan galang gantinya

gadis: benar?...

mata gadis genit bercahaya...bagaikan sang buta melihat cahaya pertama

penjual menunjukkan sebuah kotak besi berwarna hitam dan silinder jernih berkaca

gadis genit nyata terharu...

gadis: aku mahu kotak besi ini...

penjual: sudah tentu...sekarang ia milikmu...berbahagialah...

gadis: aku pasti kembali semula wahai manusia penghidup jiwa...

kata gadis genit kepada penjual sebelum berlalu bersama kotak hitam besi di tangannya